HOME ::
   
 
KEGIATAN EKONOMI
PERTANIAN
Sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting bagi Pembangunan Ekonomi Daerah Banggi. Terdapat seluas 69,930 hektar tanah di Daerah Banggi yang terbahagi kepada pulau-pulau utama iaitu Pulau Banggi, Pulau Tigabu, Pualau Balambangan, Pulau Manawali, Pulau Maliangin dan Pulau Balak-Balak. Tetapi hanya seluas 10,000 hektar sahaja yang sesuai untuk pertanian atau 14.3% daripada keluasan tanah yang terletak di Pulau bangi.

Pada bulan Ogos, 2007, Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Projek Mega Agropolitan Pualau Banggi iatu satu projek (pertanian) penanaman getah hasil daripada kerjasama Kerajaan Negeri Sabah berasama FELCRA Bhd. yang melibatakan seluas 4,500 hektar tanah di Daerah Banggi. Projek ini mensasarkan 1,000 Ketua isirumah Termiskin yang telah berdaftar untuk mengusahakan ladang tersebut. Projek ini dinamakan Projek Ladang Sejahtera Lok Tuhong.
 
PERIKANAN
Perikanan adalah sumber ekonomi utama Daerah Kecil Banggi dengan panjang pantai 420KM. Daerah ini merupakan pengeluar utama ikan kering (diusahakan diperingkat kampung sahaja) dan sebahagian sumber-sumber hasil laut. Menurut rekod Jabatan Perikanan terdapat 750 keluarga nelayan yang berdaftar di daerah Banggi. Jabatan Perikanan juga menguatkuasakan rondaan bagi mencegah berlakunya kes-kes pengeboman ikan yang akan menjejaskan spesis hidupan laut pupus.
 
PENTERNAKAN
Terdapat beberapa projek ternakan di bawah program yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak. Antaranya seperti ternakan kambing, ternakan lembu, ternakan ayam dan itik.